Kampong Ku, Siglap
Satiap pagi dikamar ku duduk di atas kerusi
Memandang kaluar melihat keindahan hari
Kehijauan pokok dan burung menyanyi
Keindahan bumi yang diciptai
Dihati penuh mensyukuri, pemberian Ilahi
Berdekatan, sabuah masjid sudah diperbaiki indah
Dan terpergam didepan sabuah sakolah menengah
Disinilah aku di lahir dan di besarkan
Anak anakku adalah tujuh keturunan
Sudah begitu lama kita menetap di sini
Kalau dipindah pasti menguris hati
Dizaman perintah British, lebih saratus tahun dahulu
Tiga beradik putra putra dari Pagar Ruyong
Berlayar dengan beberapa buah perahu
Menjejak langkah dan membuka sabuah kampong
Yang menetap adalah putra bernama Lasam
Tanah perkuburannya kekal di hujung kampung
Diangkat menjadi saorang Penghulu di masa silam
Saorang alim ,kebaikannya terserlah dan di sanjung
Kebanyakkan penduduk asal adalah keturunannya
Termasuk keluargaku juga
Tinggal di rumah2 papan, beratap bumbung
Sara hidup sebagai nelayan dan membuat kelong
Inilah kampongku yang dinamakan Kampong Siglap
Hasrat di hati agar anakku akan terus menetap
Walaupun kampong telah di roboh oleh pemerintah
Dan di bena samula sabuah Villa yang begitu indah
Sentimen dan ingatanku tak akan pudah
Kerana tempat ini membawa saribu kenangan
Bersama kawan semasa kecil bermain keriangan
Mencapai remaja hinggalah dewasa
Sampai ka rumah tangga
Di sinilah aku berada.
Talib Ghani 27 March 2009